Blog

You are the next!

Cumberland London
Powered by Best Free Counters

something about me..

Name??

BELLA DELAFEE/BELLA JEFF

AGE??

15~#still young okeyh

SCHOOL??

SMK SEKSYEN 19

Recent Comments

Followers

Powered by

Links

Powered by Blogger.

Novel:lom pker lagi~#bace jer la!

Monday, November 7, 2011 - - 0 Comments

BAB 1

Sukar untuk menduga rasa hati.Rindu,tetapi rindu yang bagaimana?Rindu seorang teman atau rindu seorang pencinta?Alyn menjeling telefon bimbitnya yang diletakkan disisi nya.
    
          "Dah sebulan lebih,langsung dia tak call aku...Dia buat aku macam tunggul!"Alyn bingkas bangun menuju ke dapur.Secawan milo panas mungkin boleh meredakan sedikit beban hatinya.
     
           Kakaknya,Marisa baru pulang dari tempat kerjanya.Marisa sudah menjangkau umur 28 tahun,tetapi masih tiada teman hidup.Baginya,selagi adik perempuannya Alyn belum berkahwin,adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyara dan memberi sepenuh perhatian kepada gadis genit itu.
  
          Marisa melabuhkan punggungnya di atas sofa setelah selesai mandi dan menunaikan solat.Alyn seakan mengerti,segara menghidangkan nasi beserta lauk untuk kakak kesayangannya.
        
         "Kakak,jom makan!Harini  Alyn masak spesial untuk kakak!Rugi tak makan.."pelawa Alyn sambil ligat menghidang makanan di atas meja makan.
         
        "Kamu ni,hari-hari lauk spesial,sekali tengok..telur goreng ajer".Perli Marisa dengan niat hanya mengusik.
   
        "Ala kak,..Alyn mana tau masak.Telur goreng tahula..hehehe"

       "Tu lah,dulu masa arwah mama ada tak pernahla nak menjenguk ke dapur kan?". Marisa masih lagi mengenakan adik perempuannya itu.

         Sangkaan Marisa meleset.Alyn yang tadinya ceria terus terdiam.Wajahnya sugul.Peristiwa kehilangan mama dan papanya setahun lalu banyak mengubah hidup gadis itu.Dia masih lagi bersedih atas tragedi yang menimpa kedua orang tuanya itu.Masakan tidak,menyaksikan mama dan papanya ditembak dihadapan matanya sendiri oleh perompak yang memecah masuk kerumahnya membuatkan Alyn mengalami trauma yang agak teruk sehingga dia terpaksa tinggal bersama kakaknya di Putrajaya.Kediaman milik keluarganya dibiarkan kosong tidak berpenghuni.
      
      Marisa serba salah.Segera dipujuk adik kesayangannya itu.Dia sendiri faham akan perasaan Alyn. Trauma yang melanda diri adiknya itu masih belum pulih.

         "Alyn,akak minta maaf. Akak tak sengaja sebut pasal arwah mama...Akak....". Kata-kata Marisa dicantas Alyn.

        "Tak akak! Alyn yang patut minta maaf..bukan akak.Alyn tak patut ikutkan perasaan.Maafkan Alyn akak..". rayu Alyn beserta sedu tangisnya.Marisa terharu,dia bersyukur kehadrat Ilahi kerana Alyn akhirnya dapat menerima hakikat yang amat memilukan itu.
      
         Alym merenung dada langit yang luas terbentang di balkoni rumah. Dalam hatinya,terdetik perasaan kagum akan ciptaan Ilahi. Bintang-bintang dan bulan yang bergantungan di langit indah sekali. Apatah lagi malam itu dia gembira kerana dia seolah-olah menerima semangat baru untuk meneruskan kehidupan dengan hakikat yang memaksa dia menelan realiti bahawa dia kini adalah seorang yatim piatu.

           Alyn tidak menyangka,perkenalannya dengan Shamil banyak merubah hidupnya.Walaupun tempoh perkenalan mereka singkat,namun banyak nasihat dan dorongan daripada lelaki itu yang diterima dan meresap ke dalam dirinya yang degil itu.

           Sedang Alyan leka termenung di balkoni yang letaknya bersebelahan dengan biliknya, Marisa menegurnya.

           "Amboi.termenung bukan main lagi!.kenapa ni?."tanya Marisa ingin tahu. Melihatkan adiknya itu hanya menggeleng, dia meneka lagi.

           "Teringatkan Zafir lah tu.." duga Marisa. Mendengarkan itu, Alyn pantas menggeleng. Dia tidak mahu kakak kesayangannya itu terus meneka yang bukan-bukan mengenai dia dan lelaki itu,sedang mereka hanya 'kawan'.

             "Eh,tak adalah! Kak,Zafir tu kawan Alyn je lah..". tegas Alyn menegakkan kebenaran.

            "Iye lah tu..habis tu teringatkan siapa? Inspektor?" Marisa masih lagi berteka teki. Niatnya sebenarnya adalah untuk mengusik.Suka benar dia melihat wajah Alyn yang merona merah setiap kali diusik.Comel!

             "Mana ada!". Alyn masih lagi menidakannya.Baginya,biarlah ianya menjadi rahsia antara dia dengan bulan. Dia tidak mahu kakaknya tersalah anggap rakan lelakinya seperti yang terjadi antara dia dan Zafir dahulu.

             "oh..taknak cerita yer?? takpe..by the way, macammana dengan sekolah baru? Ok?" pertanyaan Marisa disambut dengan ketawa yang berdekah-dekah oleh Alyn.

              "Sekolah baru? Kak, Alyn dah 5 bulan tau masuk sekolah tu.baru sekarang kakak nak tanya?". Sengaja Alyn menekan suaranya sedikit apabila menyebut angka 5.

               "Ala...jangan lah merajuk! Kakak sibuk lah adik,tak sempat nak tanya.Hari ni baru kakak dapat balik awal sikit.". terang Marisa bersungguh-sungguh.Dia tidak mahu adiknya salah faham.Dia mahu segala yang terbaik buat adik kesayangannya itu.Sememangnya dia amat sibuk dengan kerja-kerja dipejabat sehingga terlupa untuk menanyakan hal itu.

              "Urm..yelah..Kakak pun dah terikut perangai papa.Balik-balik kerja.sibuk memanjang.Bosan!"..omel Alyn sambil menarik muncung tanda merajuk.

"Kakak banyak kerja lah Adik,. Arwah papa dulu pun banyak kerja.Alyn faham kan tanggungjawab kakak?" Marisa membela dirinya.

Sememangnya dia dihujani pelbagai jenis kerja setelah kematian bapanya.Sebagai anak sulung, tanggungjawab meneruskan legasi perniagaa milik keluarganya itu terletak di bahunya.Meski itu, Marisa tidak pernah menyalahkan takdir. Dia redha dengan segala yang telah tertulis di luh mahfuz untuk dirinya.  

Alyn tersenyum mesra.."Kak, Alyn faham. Dah makan lah..penat tau adik kesayangan kakak ni masak!haha"

Marisa ketawa sambil menyedok nasi ke dalam pinggan nya.Di sudut hatinya, dia bersyukur Adiknya, Alyn sudah pulih dan tersenyum.

"Tok.Tok.Tok.Assalamualaikum"

Alyn bingkas bangun dari tempat duduknya setelah terdengar bunyi ketukan pintu rumah yang didiami mereka.Dari tekaan nya, Zafir datang menghantar peralatan melukis yang dia kirim tengah hari tadi.Alyn menyegerakan langkahnya untuk menyambut sepupunya itu.

Zafir mengutus senyuman.Alyn terus menyambar beg plastik yang dipegang Zafir. Zafir hairan dengan sikap gadis itu yang tiba-tiba ceria

This entry was posted on 8:12 PM You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

bellaJeff

0 Responses

Post a Comment