Bab 1:
Mel menangis teresak-esak di dalam doanya. Sudah lebih setengah jam dia di tikar sembahyang. Namun sedikit pun dia tidak berganjak. Begitulah rutin nya semenjak kebelakangan ini. Semenjak dia mengesan orang yang dicintainya curang terhadapnya secara terang-terangan.
"Kekasih mana yang tidak geram apabila terpaksa menjadi penonton kepada teman lelakinya 'bersayang-sayang' dengan perempuan lain dekat lawan sosial twitter itu?"
Pedih. Hatinya terasa bagai dihiris-hiris. Setiap kali dia bertanyakan Farish tentang siapa gadis itu, Farish mengatakan dia hanya berkawan,.malah Farish turut menyalahkan dirinya dengan mengatakan dia terlalu paranoia dan terlampau mengongkong lelaki itu.
Mel buntu,.hubungannya dengan lelaki itu baru sahaja jernih. Sebelum ini dia pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki itu namun hanya bertahan selama 3 tahun setelah mereka menyedari masing- masing sudah tidak bersependapat. Namun Farish muncul semula dan merayu untuk kembali menjadi kekasihnya.
Beria benar Farish berjanji untuk setia menyayanginya namun tidak sampai seminggu Mel menerimanya Farish sudah mula bermain kayu tiga.
"Aizat, saya menyesal Aizat..sumpah saya menyesal" send
replied "Lah ni ke Mel yang saya kenal? mengalah is not ur attitude sayang"
"Aizat..saya serius ni! jangan lah main-main pulak :(" send
. . . . . .
(4 minit kemudian)
(4 minit kemudian)
"Mel, saya kenal Mel macam mana..saya tahu Mel kuat. Boleh tempuh semua ni.Bagi saya Farish tu bertuah sebab dapat girlfriend macam Mel, penyabar..*dahla Mel reject saya ..Mel. dulu Mel beriya cakap, Mel taknak terima orang lain dalam hidup Mel lepas Mel brake dengan dia dulu kan?Dah macam cara saya cuba untuk tackle hati Mel tapi Mel tetap anggap saya ni kawan kan? sejujurnya kalau Mel dah pasrah, putus jelah dengan dia, Saya dah banyak kali cakap yang saya akan pastikan Mel bahagia dengan orang yang Mel pilih. walaupun orang itu bukan saya..saya sedia gantikan dia Mel..saya sedia..tapi bukan itu yang saya nak cakap. saya tahu. kalau Mel couple dengan saya pun, hati Mel belum tentu ikhlas..sabar..mungkin itu dugaan dari Allah untuk Mel. ye..itu lah benda sebenar yang saya nak Mel dengar.Itu..Dulu saya memang pentingkan diri sendiri,. saya nak Mel jadi milik saya..by hook or by crook saye tetap akan kejar Mel sampai dapat.. tapi sekarang baru saya sedar yang sebenarnya saya memang tak boleh paksa Mel Cinta tak bermaksud memiliki. Tapi adalah bahagia..sekarang, saya akui bahagia walaupun Mel hanya anggap saya ni sebagai kawan Mel..Jujur. saya bahagia bila Mel luahkan semua perasaan Mel dekat saya..saya rasa dekat dengan Mel. walaupun realitinya saya jauh dari Mel..jauh sangat...beratus kilometer..berlainan awan.kalaulah ade peluang dapat jumpa Mel lagi walaupun sekejap, macam dulu, waktu kali pertama dan terakhir kita jumpa.. saya nak pinjamkan Mel bahu saya..Mel. bila Mel terima dia, apa perasaan Mel? jangan jawab. Sebab saya taknak jawapan tu..tanya hati Mel. bukan otak Mel :)" send
Tersedu-sedan Mel membaca pesanan "ringkas" dari rakannya itu,. sungguh hati gadis itu terusik dengan bait-bait nasihat dari Aizat, seorang lelaki yang tidak putus-putus mengharapkan cintanya.
Mel mengeluh sendiri..
"Ya Allah..mengapa jalan ini yang aku pilih dulu? Kalau aku dengar nasihat Shitah dulu,..mesti aku tak jadi macam ni..Allah..bantu hambamu ini untuk keluar dari kemelut yang hamba cipta ini Ya Allah Ya Rabbi"
Mel lena bertemankan airmata untuk yang kesekian kali.
Shitah, rakan sebilik Mel yang sedari tadi hanya memerhatikan sahabatnya itu menggeleng kepala.
"Mel..Mel..kenapalah kau seksa diri kau untuk lelaki yang tak pernah nak hargai kau?"
"Mel,.dah ok..dah..kau janganlah macam ni..aku risau dengan keadaan kau ni..kurus, mata sembap.lemah tak bermaya je.Mel..dulu kau tak macam ni tau.."
Mel akur..Dia akhirnya bersuara
"Mel..Mel..kenapalah kau seksa diri kau untuk lelaki yang tak pernah nak hargai kau?"
Bab 2:
Telefon bimbit Mel berdering menandakan mesej masuk..Mel yang sedang bersiap-siap untuk ke kuliah pagi itu hanya membiarkannya sahaja. Shitah yang memerhati gelagat sahabat karibnya itu menegur.
"Mel..phone kau bunyi tu. Asal tak angkat?" tanya Shitah sambil tangannya ligat mengemas buku-buku yang bersepah di atas meja belajarnya.
"Tu mesej je lah.. malas lah aku nak baca..Takde mood"
Shitah menggeleng-geleng kepalanya..
"Weh, kau sedih pasal mamat tu lagi ke?"
Mel tidak menjawab mahupun mengangguk
"Mel lupakan jelah mamat tu..tak guna kau sedih-sedih macam ni..satu kampus dah kecoh pasal dia dengan Hana tu..Terang-terang die curang weh.."
Mel menekup telinganya dengan kedua belah tapak tangannya sambil hatinya meronta agar Shitah berhenti membebel perkara yang sama setiap hari.Kepalanya tunduk memandang lantai
"Lah, aku cakap boleh pulak kau tutup telinga..Mel..."Shitah mendekati Mel.
Shitah mengangkat kepala Mel yang tunduk itu.Tanpa Mel sendiri sedari, Air matanya mengalir jernih dari tubir matanya. Shitah perlahan mengesat air hangat itu..
"Mel,.dah ok..dah..kau janganlah macam ni..aku risau dengan keadaan kau ni..kurus, mata sembap.lemah tak bermaya je.Mel..dulu kau tak macam ni tau.."
Mel cuba untuk mengalihkan pandangannya dari Shitah sambil air matanya berjuraian..
"Mel.Mell..please Mel..weh, ape kes ni minah kental menangis? kata tough?..Tak cun lah weh.."Shitah cuba memujuk Mel.
Mel akur..Dia akhirnya bersuara
"Shitah,..tolong aku." Lambat-lambat bicara itu keluar dari mulut Mel
"Ye Mel..aku kan kawan kau..mestilah aku akan tolong kau"
" Ajar aku untuk jadi kuat..Aku taknak kalah dengan perempuan tu..Aku taknak Shitah..Aku malu! "
Shitah mengukir senyuman..pasti!
"Dah, kau pergi basuh muka dulu.."
Mel bingkas menuju ke tandas sementara Shitah menyediakan alatan solek miliknya serta mengeluarkan beberapa jenis penyembur wangi koleksi peribadinya..
"Perempuan kalau nak pulihkan confident diri kene nampak cantik" bisik Shitah sendiri.
Mel mengelap mukanya dengan sehelai tuala sebelum duduk di birai katil.
"Sini Mel,. kalau kau nak tunjukkan dekat orang-orang kat luar sana yang kau tu kuat,.kau kene nampak cantik..nampak ceria.."
"Tapi Shitah, mata aku ni sembap gila lah..muka aku pun pucat. nak cantik ape bendanya.? macam orang sakit je.."
"Ha tu lah..sapa suruh asyik dok nangis je sampai tak keluar makan?kan dah menyesal..ha..ni biar aku make up kan kau!"
"Eh..taknaklah!..nak pergi kampus je pun..tak perlulah nak ber-makeup bagai.."Mel menolak
"No No No!..Duduk diam-diam..biar 'Mak Andam ni buat kerja"
Shitah memulakan operasinya ke atas Mel.
. . . . . . . . . . . . . . . .
"Mel..nanti kalau kau terserempak dengan Hana, kau show off sikit..kalau boleh buat tak nampak the kalau kau nak lagi thrill langgar je die..buat-buat tak sengaja..tapi jangan pulak kau mintak maaf..Alah..macam kau yang dulu lah! mana ada orang berani kacau kau kan?" Terang Shitah panjang lebar dalam perjalanan mereka ke kampus.
"Aku tau..memang aku dah terniat dah..berani dia kacau boyfriend aku..please lah..die ingat die siapa?Ikut hati aku,..nak je aku pecahkan muka minah gedik tu..ishh!"
"Uisshhh kau ni Mel!! Lupakan jelah mamat tu..hei! ingat sikit. kalau die tak menggatal..benda ni takkan jadi sendiri je tau!" Shitah meninggikan suaranya..geram
Mel hanya tersenyum nakal..
"tahulah apa aku nak buat..kau tunggu je" Mel kembali bersemangat
Bab 3"
"Woi, lama tak nampak kau Mel? Amboi,..lawanya kau harini.nak kemana cik abang?" Izz menegur
"Mulut,..sape abang kau ha?! benggg~~" balas Mel kasar
"Sorry lah sis..aku gurau je..Emo pulak kau ni."
Mel buat endah tak endah sahaja gurauan Izz itu..Dia memanjangkan kaki ke kafeteria untuk bersarapan.
Shitah mengekorinya dari belakang,.Seperti biasa, Shitah adalah rakan karib merangkap tuan penasihat peribadi Mel.
"Mel,.kau pergi lah order..aku cari tempat kosong okay?." Mel mengangguk lalu mengatur langkah ke kaunter